Timbang Dayang Terima Lagenda Bolasepak Negara

KOTA KINABALU: Para pemain legenda bolasepak negara akan berhimpun di Kota Belud pada Sabtu ini untuk menjayakan program ‘The Friendship Circle’ di padang Kampung (Kg) Timbang Dayang yang akan dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.

Antara aktiviti yang bakal memeriahkan program ini adalah klinik bola sepak bawah 12 tahun bagi mencungkil bakat baharu di daerah Kota Belud.

Bekas pengarah teknikal kelab Liga Perdana Inggeris, Blackburn Rovers iaitu Shebby Singh, Matlan Marjan, Zainizam Marjan, K.Ravichandran, Shahril Arsat, Datuk Hassan Sani, Datuk James Wong, Wong Kuw Fuw akan bersama sama menjadi panel pemilih.

Turut diadakan ialah penyerahan sumbangan jersi kepada lebih 45 pasukan bola sepak yang aktif di Kota Belud di mana Salleh sendiri akan menyampaikan sumbangan itu kepada semua pasukan.

Peserta klinik bolasepak juga akan menerima sebiji bola sepak dan sehelai t-shirt percuma sebagai penghargaan.

Acara kemuncak program The Friendship Circle adalah perlawanan persahabatan antara pasukan EX Sabah menentang pasukan EX Malaysia yang dijadual akan berlangsung jam 4 petang di venue yang sama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Jeremy Ukoh dan Datuk Japlin akan memperkuatkan pasukan Ex Sabah pada perlawanan itu di samping Matlan Marjan, Zainizam Marjan dan pemain legenda bola sepak Sabah yang lain.

Manakala pasukan EX Malaysia akan diketuai oleh Shebby Singh, Datuk James Wong, Datuk Hassan Sani, K.Ravichandran, Shahril Arsat dan Wong Kuw Fuw. – UTUSAN BORNEO

Loading...

Leave a Reply

arrow