Sabah terkeluar dari Zon Penyingkiran Liga Perdana

KOTA KINABALU: Sabah menumpaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-0 pada saingan Liga Premier di Stadium Proton, Tanjung Malim, Perak pada Jumaat.

Kemenangan itu melebarkan rekod tanpa kalah Sabah kepada empat perlawanan berturut-turut (tiga menang dan satu seri) sekaligus mengesahkannya selamat dari zon penyingkiran.

Sabah mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan penyerang utama, Rodoljub Paunovic pada minit terakhir.

Pertahanan tengah Heo Jaen yeong meraikan kehadirannya semula selepas diketepikan tiga perlawanan sebelumnya ekoran kecederaan dengan jaringan kedua pada minit ke-82.

“Gembira dengan kemenangan ini. Kita telah kotakan sasaran syabas kepada semua anggota pasukan terutamanya pemain. Berdasarkan persembahan, kita sewajarnya menang perlawanan ini.

“Kita telah kotakan sasaran bawa balik tiga mata penuh untuk lebarkan rekod tanpa kalah kepada empat perlawanan berturut-turut, tiga menang dan satu seri iaitu rekod terbaik setakat ini dan paling penting telah sah selamat dari zon penyingkiran.

“Kita juga telah tebus kekalahan (2-5 di tangan ATM) pada pusingan pertama. Saya harap mentaliti mahu menang pemain akan lebih kuat untuk meneruskan rentak kemenangan ini,” kata pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim ketika dihubungi.

Kemenangan itu memberikan Sabah mata ke-24 dan naik satu anak tangga ke kedudukan ketujuh untuk sekurang-kurangnya beberapa jam.

Kedudukan itu hanya dapat digugat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang juga boleh mengumpul 24 mata dan mempunyai kelebihan jaringan jika menang ke atas Negeri Sembilan lewat semalam.

Satu lagi perlawanan berlangsung awal pada Jumaat menyaksikan pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menang 3-1 ke atas Perlis.

Kita telah kotakan sasaran bawa balik tiga mata penuh untuk lebarkan rekod tanpa kalah kepada empat perlawanan berturut-turut, tiga menang dan satu seri iaitu rekod terbaik setakat ini dan paling penting telah sah selamat dari zon penyingkiran.

Sabah melonjak pada kedudukan ketujuh liga selepas mengekalkan rekod tanpa kalah pada empat perlawanan terdahulu
Loading...

Leave a Reply

arrow