Lepas Dirogol, Dikubur Hidup-hidup di Lumpur

KISAH pembunuhan sadis dan menyayat hati ini berlaku dari di Indonesia yang menimpa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dipercayai dirogol lalu ditanam secara hidup-hidup di sebuah sungai berlumpur, di Kompleks Kokoda, Kilometer 8, Kota Sorong, Papua Barat.

Mayat kanak-kanak malang itu dilaporkan ditemui tertanam dalam lumpur dengan keadaan tangannya diikat, kira-kira jam 2.30 petang, pada Selasa.

Mayat mangsa kemudian dikeluarkan  dari sungai berlumpur itu oleh pihak polis dengan bantuan penduduk tempatan. Menurut laporan Harian Papua, kanak-kanak itu sebelum dibunuh dipercayai telah diperkosa berdasalkan kesan pendarahan di bahagian kemaluan korban.

Susulan itu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Sorong untuk bedah siasat. Terdahulu, mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah menyebabkan ibu mangsa, Yuli berusaha mencarinya namun gagal.

Namun, kakak mangsa, Grece dikatakan sempat melihat mangsa dibawa oleh seorang suspek ke kawasan lumpur berkenaan, sebelum menjadi petunjuk utama dalam siasatan tersebut.

Sementara itu, pihak polis telah berjaya menahan tiga suspek yang juga merupakan jiran mangsa.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow