Tiada Sentimen Kenegerian Cuma Tuntut Hak

Tiada Sentimen Kenegerian Cuma Tuntut Hak

Perjanjian Malaysia 1963 ada dinyatakan dengan jelas iaitu keutamaan terhadap anak-anak Sabah bagi perlantikan ke jawatan-jawatan utama di negeri ini. Seperti Jawatan Naib Canselor UMS ia adalah Hak Anak Sabah. Betulkah di Sabah tiada orang yang LAYAK ?

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa harus menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf kepada masyarakat Sabah selepas keceluparannya membangkitkan rasa tidak selesa banyak pihak di negeri ini.

Beliau dengan sinis meminta orang Sabah menerima dengan hati terbuka dan mengenepikan Sentimen Kenegerian apabila jawatan-jawatan penting di negeri ini diisi oleh pekerja dan Profesional dari Malaya termasuk perlantikan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang sedang hangat dibincangkan pada ketika ini.

Kenyataan Zambri itu adalah membidas kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang menegaskan supaya Anak Jati Sabah yang akan menerajui UMS.

MUSA Mahu Anak Sabah Terajui UMS
MUSA Mahu Anak Sabah Terajui UMS

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung yang tidak mempunyai rekod dalam memperjuangkan bidang pendidikan di Sabah tiba-tiba muncul untuk memberitahu rakyat Sabah bahawa tiada di kalangan mereka yang layak untuk memikul tanggungjawab itu.

Ia bukan sahaja mengguriskan hati rakyat negeri ini tetapi mereka juga tidak menghormati Perjanjian Malaysia 1963 supaya keutamaan diberi kepada Anak Sabah untuk jawatan utama di negeri ini.

Antara jawatan penting di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang disandang oleh rakan-rakan yang berasal dari negeri-negeri Semenanjung.

  1. Pengerusi LPU – MALAYA
  2. TNC P & I – MALAYA
  3. Pendaftar – MALAYA
  4. Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelanggaraan – MALAYA
  5. Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat & Kominikasi – MALAYA
  6. Pengarah Asasi Sains UMS- MALAYA.
  7. Dekan Perubatan – MALAYA
  8. Dekan Psychology dan Pendidikan – MALAYA
  9. Dekan Pertanian Lestari – MALAYA
  10. Dekan Permakanan -MALAYA
  11. Dekan Kesenian & Kemasyarakatan – MALAYA
    12. Dekan Kejuruteraan – MALAYA
    13. Pengarah Kesihatan dan Kesalamatan – MALAYA
  12. Pengarah Hal Ehwal Islam – MALAYA

Dan banyak lagi. Selebihnya dikongsi oleh anak-sabah pelbagai ethnik dan bukan bumiputera (India/Cina).

Mau tanya Zambri Mohd. Isa adakah Kerajaan Sabah tidak cukup terbuka dalam hal ini ?

[box type=”info” fontsize=”16″ radius=”14″]Tanya Dia.. Adakah dia bercakap atas kapasiti Persatuan dimana dia adalah Presiden. Jika Ya… maka hujahnya pasti bias sbb dia bercakap atas kapasiti persatuan dia (semenanjung)

Tanya dia juga… kalau dia bercakap atas kapasiti sebagai individu maka sekali lagi dia bias sebab dia bukan orang sabah

Tanya lagi dia.. Jika dia bercakap atas dasar rakyat Malaysia..maka dia perlu sedar bahawa malaysia mengamal negara demokrasi raja berperlembagaan.

Satu dari asas ialah Buku Perlembagaan. Menghormati majoriti. Yang marah adalah rakyat Sabah 3 juta sedangkan persatuan cuma puluhan orang sahaja[/box]

Artikel berkaitan:

Loading...

Leave a Reply

Discussion

  1. GILLBOT

    Ngam ini gaman. Jangan-jangan masa dia buat kenyataan di mabuk baini. Kasih ajar orang begini.

  2. felicia

    Yg LAYAK fikir ttg SABAH…warganegeri Sabah…yg org negeri lain pikir la ttg negeri sendiri…yg NYATA…Biarla Sabah URUS universiti sendiri…itupun tia pndai pikir..

arrow