Suspek Samun di IP Menggatal Dicekup

KOTA KINABALU: Polis menahan dua lelaki malam tadi selepas disyaki terbabit dalam kes samun menggunakan senjata di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Indah Permai, Menggatal, di sini, kelmarin.

Duasuspekberusia 23 tahunituditahan di Sulaman Central, Menggatal, dekatsini, kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada pengadu yang juga juruwang di kedai serbaneka terbabit.

“Pengadu mengatakan kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang apabila seorang lelaki bersenjatakan pemutar skru telah mengambil wang dan barang di kedai itu tanpa membayar.

“Antara barangan dibawa lari suspek termasuk wang tunai RM83, kupon isi semula telefon bimbit bernilai RM48 serta tiga kotak rokok jenis Dunhill, semuanya dianggarkan RM131.

“Ketika tangkapan dibuat, salah seorang suspek mengaku melakukan perbuatan itu dalam keadaan mabuk manakala seorang lagi dipercayai tidak terbabit dalam kes itu dan hanya bersama dengan suspek ketika serbuan dilakukan,” katanya ketika dihubungi.

Turut dirampas ialah sebuah motosikal, topi keledar dan pemutar skru yang dipercayai digunakan dalam kejadian samun itu,” katanya sambil menambah suspek pernah dipenjarakan selama empat tahun pada 2009 kerana terbabit kes pecah rumah.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow